CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Objektif Pembelajaran Matematik


  1. Memahami definisi, Konsep, Hukum, Prindip Dan Teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentukan dan Perkaitan.

  2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan perkaitan.

  3. Menguasai kemahiran asas Matematik iaitu : -
    - membuat anggaran dan penghampiran
    - mengukur dan membina
    - memungut dan mengendali data
    - mewakilkan dan mentafsir data
    - mengenali perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
    - menggunakan algoritma dan perkaitan
    - menyelesaikan masalah
    - membuat keputusan

  4. Berkomunikasi secara matematik.

  5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

  6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

  7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu Matematik.

  8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab

  9. Bersikap yang positif terhadap Matematik.

  10. Menghargai kepentingan dan keindahan Matematik.